Friday, 14 February 2014

Mutiara Sampai Jannah




BAB 1
Mutiara pertama ku kenali
Ashraf merupakan seorang anak yang manja, dan merupakan anak yang pertama dalam keluarga Encik Azwan. Malah, ashraf lebih rapat dengan keluarganya dan menghabiskan sisa hidupnya bersama ibu bapa dan adik-adiknya. Bagi ashraf tiada benda yang paling berharga dalam hidupnya melainkan keluarga yang dirinya sayangi. Ashraf boleh dikatan tidak pernah keluar bermain bersama-sama anak jiran tetangga malah ashraf suka mengambil keputusan untuk menyendiri melainkan jika ingin bermain dia lebih rela ditemani oleh adik atau ibu bapa mereka untuk melakukan aktiviti riadah. Walau ashraf sudah bersekolah dan sudah berumur 10 malah dia lebih gemar hidup tanpa kawan di sekolah melainkan kawan-kawanya meyapa diri yang pemalu itu. Baginya, bila terbiasa hidup dengan keluarga sejak kecil agak sukar untuk bergaul dengan kawan-kawan dan bertegur antara satu sama lain. Pada suatu masa, sewaktu ashraf ingin berjalan ke kantin sekolah dia ditegur oleh seorang rakan yang sama darjah Cuma berbeza dari segi kedudukan kelas sahaja. Rakanya itu, bernama sham merupakan seorang budak yang rajin dan berkerja keras dalam meningkatkan prestasi pembelajarannya. Sham merupakan seorang anak yang dibesarkan dalam keluarga miskin dan kurang berkemampuan kerana ayahnya menghidap penyakit paru-paru berair sehingga dinasitkan oleh doktor supaya berhenti berkerja sebagai seorang pemandu bus persiarsan. Bermula dari itu, sham yang merupakan pelajar kelas yang ketiga berbanding ashraf merupakan pelajar terbaik di sekolah itu dalam setiap kali peperiksaan memberanikan diri untuk menyapa ashraf yang sering dengan sikap pendiamnya malah sukar untuk menegur rakan sekelilingnya apatah lagi rakan sekelas. Semasa menuju ke kantin sham menyapa ashraf dengan mengajak ashraf pergi bersama-sama ke kantin dan semasa dalam perjalanan ke kantin sham memulakan perbualan dengan menanyakan soal pelajaran mereka. Setelah sampai ke kantin, Ashraf terus melulu membeli makanan dan sham hanya mengekori dari belakang dan mengikut jejak ashraf satu telapak demi telapak sehingga ashraf perasan seakan-akan sham yang mengekorinya dari belakang dari tadi. Setelah ashraf moneleh dia terlihat sham sedang mengikut jejak dirinya, Lalu ashraf menanyakan sham “ Sham kenapa ikut aku?? Atau kamu tiada wang untuk berbelanja hari ini?? ”, “ Ye saya tida wang untuk membeli makanan. Sudah tiga hari saya tidak makan di sekolah. Tetapi saya tidak mahu menyusahkan kamu saya hanya ingin mencari kawan sahaja, Bukan ingin mencari tempat untuk berteduh ” jawab sham. Lalu ashraf terus membeli dua pinggang nasi berserta air jagung dan mengajak sham duduk disebelahnya sewaktu makan. Semasa makan sham mengucapkan terima kasih kepada ashraf kerana membelikannya sepinggang nasi untuk dijadikan alas perut sewaktu di sekolah. Semasa kedua-dua mutiara ini enak menikmati juada makanan. Sham memulakan pertanyaan dengan menanyakan “ Ashraf rumah kamu di mana?? Kamu anak ke berapa?? Ayah dan Ibu kamu kerja apa?? Boleh ke saya nak kamu ajarkan saya?? ” Tanya si sham dengan muka yang terkedu-kedu dengan niat yang ingin tahu tentang diri kawan barunya. Alah rumah saya dekat kampung sebelah, nanti kalau ada kepalangan masa datanglah rumah saya. Saya datang bersekolah di sini kerana dekat rumah nenek saya dan juga memudahkan ibu saya menghantar  dan mengambil saya ke sekolah kerana satu arah jalan dengan tempat kerja ibu saya. Saya anak pertama dari enam orang adik-beradik. Ibu bapa saya hanyalah seorang guru. Boleh nanti kalau ada apa-apa masalah datanglah bertanya saya. Jawab ashraf dengan muka yang sedang menguyah seketul ayam goreng di mulutnya. Ooo, kamu merupakan anak seorang guru. Kenapa kamu sering menyediri ashraf?? Saya tidak pernah nampak kamu berkawan dengan mana-mana kawan di sekolah. “ Saya bukan ingin mengasingkan diri tetapi saya lebih gemar menghabiskan masa denga hidup menyendiri macam ini. Sebab dari kecil lagi sampai sekarang saya tidak pernah mempunyai kawan karib. Jawab ashraf kepada sham. Ashraf taniah atas kejayaan kamu dalam peperiksaan pertengahan tahun lalu mungkin selepas ini kamu dapat menyambung pelajaran ke sekolah berasrama penuh atau lebih kenali dengan gelaran (SBP). Kerana ashraf baru sahaja menerima anugerah pelajar terbaik dalam Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di sebuah sekolah yang daerahnya terpencil di negeri Kelantan.

No comments:

Post a Comment