KERJAYA PILIHAN SENDIRI atau PILIHAN KELUARGA??
Asalamualaikum, kepada adik-adik yang bakal mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini. Harap adik-adik buat keputusan dengan baik ye!! Sebelum memilih tapak untuk adik-adik bertapak nanti dengan kata senang "study field" bak kata oweng puteh.. Saya hanya nak berkongsi kisah hidup saya selepas SPM. Saya mengambil SPM pada tahun 2012 dan merupakan pelajar senior di sekolah saya. Biasalah, dah sampai umur 18 tahun semua sedarkan dah besar panjang Abah & Mama pon mesti membebel Abe (Dielek dalam bahasa kelantana merujuk anak ke dua atau Anak bagi laki-laki) tahun ni SPM kann?? perlu fokus betul-betul demi masa depan Abe. Telinga pon asyik dengar lenteran diorang je kann satu tahun dalam tingakatan 5. Saya merupakan anak dari sebuah latar belakang keluarga yang berpendidikan tinggi, Abah belajar sampai Master tapi time saya SPM tuhh disambung lagi ke peringkat Phd Pendidikan Sastera. Mama pulak cuma guru bagi subject "Science" Biologi, Add.math, Chemistry. Hari-hari kena menghadap bank soalan yang mama denga Abah ambilkan dari cikgu-cikgu dekat sekolah mereka. Saya sebernya seorang yang agak malas tapi bila niat study dah sampai memang kaki buku lahh. Siang petang malam buku ohh buku je dalam kepala. Sampai Mama cakap buku tuu lebih berharga dari kami ke?? Tapi bila di fikir balik kalau tak study dia marah, Bila study macam tu pulak terima hempahan dekat diri.. Nak di pendekan cerita peperiksaan awal tahun dapat biasa-biasa je pon result xde lah gempak sangat, Cuma 6A, 3B je ponn.. Ciput je tuu. Tak xpandai macam budak-budak genius yang lain. Tapi, rasa bersyukut tu mesti ada lah kan bila dapat naik pentas depan kawan-kawan digelar " Pelajar Cemerlang Bulanan lah katokann!!" Hehehe.. Dah kisah ujian satu kita tamatkan di sini dulu. Seterusnya, bulan Oktober dah tiba, Adoii semua kawan-kawan dah menggeleng kepala macama mana ni "TRIAL"!!!!! Adusss, kalau gempak trial leh mohon belajar awal nanti. Bila masa exzam trial aku apa lagi sampai nak makan pon sempat. Kerja aku siang malam asyik tengok buku, buat latihan, xfaham cuba rujuk note-note kecil. Alhamdulilah, keputusan "TRIAL" dah keluar. Sekali lagi bersyukur sebab dapat result GEMPAK!!! Bak kata orang-orang tua berbaloi lah dengan usaha. Aku dapat 4A+ 4A 1A je.. Xpandai xgempak pon. Hanya dapat buat Mama dengan Abah gembira waktu graduasi sebab dapat menjadi tetamu jemputan khas pelajar cemerlang trial untuk SPM 2012. Walau di kurniakan sekeping sijil, Medal Bintang ( Ibarat bintang yang berkelip-kelip untuk berjaya dalam SPM 2012) Senang cerita aku lah bintang harapan sekolah, Dan sedikit wang saku sebab atas penat lelah tela'ah buku-buku sampai berjaya.. Saya pendekkan cerita, selepas SPM 2012 pon dah selesai waktu tu baru sebok nak isi mana-mana Institusi pengajian yang offer dengan result trial untuk sambung belajar. Akhirnya cari punya cari, bincang dengan mama dan abah akhirnya aku apply Taylor Scholarship dengan MARA Scholarship untuk ke Oversea. Akhirnya, dalam lingkungan pertengahan bulan 12 dapat lah panggilan telefon dari Taylor University untuk interview bagi permohonan pelajaran yang aku mintak tuhh!! First pergi, memang macam takut lah. Tengok semua dengan muka confident aku je yang muka blur macam dapat ke x ni. Sebab waktu tu aku ingat aku mohon untuk preperation ke Mesir Egypt bagi pengkhususan MBBS ( Medical Banchelor Banchelor Surgery) Hati memang ingin nak jadi Doktor sangat-sangat. Selepas habis tunggu keputusan interview selama 3-minggu akhirnya keluarlah keputusan awal bulan satu bahaya aku xberjaya dalam interview. Xpew dengan muka yang agak kecewa , berdoa pada ALLAH mungkin ALLAH dah tetapkan rezeki untuk menyambung pelajaran dalam bidang lain. Akhirnya, selepas tunggu dalam 1-bulan aku dapat call lagi dari MARA untuk pergi Exzam test dan Interview. Kali ni aku, cuba betul-betul xde dah main-main niat nak jadi "Super Engineering" sebb dekat MARA aku mohon pengajian Kejuruteraan preperation ke Australia. Masa sampai tengok ramainya budak lelaki yang datang interview mungkin aku xde peluang kott nak sambung belajar dekat Oversea lagi. Xpew dengan niat nak bagi Abah dan Mama gembira apa lagi aku try sedaya upaya aku, pusingkan segala kerah untuk biarkan otak betul-betul bertindak balas. Akhirnya, selepas 2-minggu menunggu Abah mendapat panggilan telefon dari MARA bahawa aku berjaya dalam interview ari tu. Bapak mana tidak gembira waktu itu, walau waktu itu sedang mengajar anak bangsa sampai di berhenti dan keluar kelas dengan awal sedikit sebab gembira denga tawaran aku dapat sambung belajar ke Oversea. Akhirnya, selepas surat tawaran sampai ke rumah aku di tempatkan membuat persediaan selama satu tahun dekat Kolej Mara Kuala Nerang (KEDAH). Dibawah program Skim pelajar Terbilang (SPT). Tapi pada bulan itu sudah pon masuk bulan March. Results SPM pon dah nak hampir. Jadi tarikh lapor diri dekat Kolej Mara pon penghujung bulan 3. Lepas tu abah cakap tengok result SPM dulu kalau cantik boleh mohon banyak lagi. Dan banyak lagi peluang Scholarship yang ditawarkan dengan result SPM. Akhirnya, keputusan SPM dah keluar. Alhamdulilah, keputusan okey cuma ada 1B+ Chemistry. Menangis aku. Sebab buat abah dan mama sedih dan mereka cakap itu pon cukup mengembirakan mereka. Tetapi hasrat aku untuk belajar ke Oversea sudah pudar. Tetapi abah cakap masuk dulu preperation dengan TRIAL result tuh. Akhirnya, setelah dibawak bincang aku pon ready bersedia untuk melangkah sebagai seorang pelajar persediaan ke luar negara di Kolej Mara Kuala Nerang (KMKN). Tiba aku digemparkan abah membawa balik satu helai kertas bahawa aku berjaya ke sesi "Educamp" ke Universiti Teknologi Petronas (UTP), sebab aku tidak tahu pon yang abah memohon permohonan aku ke UTP menggunakan result SPM. Sebab hati aku dah bersedia dengan program luar negara. Akhirnya, aku marah dekat Abah dan Mama kenapa menggesa aku untuk mengahadiri sesi "Educamp" tersebut sedangkan peluang aku sudah cerah untuk ke luar negaera. Akhirnya, selepas dibawak bincang aku pon lembutkan hati pergi sesi "Educamp" dekat UTP first rasa terpegun tengok bangunan dia yang serba kecanggihan. Tiba-tiba niat dihati bertukar arah ingin belajar di UTP. Akhirnya, aku mendapat tawaran ke UTP dalam jurusan Foundation in Enlgineering dan tarikh kemasukan ke UTP lebih awal 3 hari dari tarikh aku melaporkan diri ke Kolej Mara. Akhirnya, 16 May 2013 aku berjaya menjadi Mahasiswa UTP. Mula-mula hati rasa nak balik je, asyik teringat gambaran kolej Mara. Tetapi selepas genap tinggal disini rasa seronok pula dengan suasana pembelajaran disini. Kisah kolej Mara aku tinggalkan dengan sisa lumpur yang menghijau menutup segala minda aku untuk belajar ke Oversea...
Dan Alhamdulilah, Akhirnya aku di tahun akhir Asasi In Engineering (UTP)
Pencinta Bahasa
Tuesday, 18 February 2014
Friday, 14 February 2014
Mutiara Sampai Jannah
BAB
1
Mutiara
pertama ku kenali
Ashraf
merupakan seorang anak yang manja, dan merupakan anak yang pertama dalam
keluarga Encik Azwan. Malah, ashraf lebih rapat dengan keluarganya dan
menghabiskan sisa hidupnya bersama ibu bapa dan adik-adiknya. Bagi ashraf tiada
benda yang paling berharga dalam hidupnya melainkan keluarga yang dirinya sayangi.
Ashraf boleh dikatan tidak pernah keluar bermain bersama-sama anak jiran
tetangga malah ashraf suka mengambil keputusan untuk menyendiri melainkan jika
ingin bermain dia lebih rela ditemani oleh adik atau ibu bapa mereka untuk
melakukan aktiviti riadah. Walau ashraf sudah bersekolah dan sudah berumur 10
malah dia lebih gemar hidup tanpa kawan di sekolah melainkan kawan-kawanya
meyapa diri yang pemalu itu. Baginya, bila terbiasa hidup dengan keluarga sejak
kecil agak sukar untuk bergaul dengan kawan-kawan dan bertegur antara satu sama
lain. Pada suatu masa, sewaktu ashraf ingin berjalan ke kantin sekolah dia
ditegur oleh seorang rakan yang sama darjah Cuma berbeza dari segi kedudukan
kelas sahaja. Rakanya itu, bernama sham merupakan seorang budak yang rajin dan
berkerja keras dalam meningkatkan prestasi pembelajarannya. Sham merupakan
seorang anak yang dibesarkan dalam keluarga miskin dan kurang berkemampuan
kerana ayahnya menghidap penyakit paru-paru berair sehingga dinasitkan oleh
doktor supaya berhenti berkerja sebagai seorang pemandu bus persiarsan. Bermula
dari itu, sham yang merupakan pelajar kelas yang ketiga berbanding ashraf
merupakan pelajar terbaik di sekolah itu dalam setiap kali peperiksaan
memberanikan diri untuk menyapa ashraf yang sering dengan sikap pendiamnya
malah sukar untuk menegur rakan sekelilingnya apatah lagi rakan sekelas. Semasa
menuju ke kantin sham menyapa ashraf dengan mengajak ashraf pergi bersama-sama
ke kantin dan semasa dalam perjalanan ke kantin sham memulakan perbualan dengan
menanyakan soal pelajaran mereka. Setelah sampai ke kantin, Ashraf terus melulu
membeli makanan dan sham hanya mengekori dari belakang dan mengikut jejak
ashraf satu telapak demi telapak sehingga ashraf perasan seakan-akan sham yang
mengekorinya dari belakang dari tadi. Setelah ashraf moneleh dia terlihat sham
sedang mengikut jejak dirinya, Lalu ashraf menanyakan sham “ Sham kenapa ikut aku??
Atau kamu tiada wang untuk berbelanja hari ini?? ”, “ Ye saya tida wang untuk
membeli makanan. Sudah tiga hari saya tidak makan di sekolah. Tetapi saya tidak
mahu menyusahkan kamu saya hanya ingin mencari kawan sahaja, Bukan ingin
mencari tempat untuk berteduh ” jawab sham. Lalu ashraf terus membeli dua
pinggang nasi berserta air jagung dan mengajak sham duduk disebelahnya sewaktu
makan. Semasa makan sham mengucapkan terima kasih kepada ashraf kerana
membelikannya sepinggang nasi untuk dijadikan alas perut sewaktu di sekolah.
Semasa kedua-dua mutiara ini enak menikmati juada makanan. Sham memulakan
pertanyaan dengan menanyakan “ Ashraf rumah kamu di mana?? Kamu anak ke
berapa?? Ayah dan Ibu kamu kerja apa?? Boleh ke saya nak kamu ajarkan saya?? ”
Tanya si sham dengan muka yang terkedu-kedu dengan niat yang ingin tahu tentang
diri kawan barunya. Alah rumah saya dekat kampung sebelah, nanti kalau ada
kepalangan masa datanglah rumah saya. Saya datang bersekolah di sini kerana
dekat rumah nenek saya dan juga memudahkan ibu saya menghantar dan mengambil saya ke sekolah kerana satu
arah jalan dengan tempat kerja ibu saya. Saya anak pertama dari enam orang
adik-beradik. Ibu bapa saya hanyalah seorang guru. Boleh nanti kalau ada
apa-apa masalah datanglah bertanya saya. Jawab ashraf dengan muka yang sedang
menguyah seketul ayam goreng di mulutnya. Ooo, kamu merupakan anak seorang
guru. Kenapa kamu sering menyediri ashraf?? Saya tidak pernah nampak kamu
berkawan dengan mana-mana kawan di sekolah. “ Saya bukan ingin mengasingkan
diri tetapi saya lebih gemar menghabiskan masa denga hidup menyendiri macam
ini. Sebab dari kecil lagi sampai sekarang saya tidak pernah mempunyai kawan
karib. Jawab ashraf kepada sham. Ashraf taniah atas kejayaan kamu dalam
peperiksaan pertengahan tahun lalu mungkin selepas ini kamu dapat menyambung
pelajaran ke sekolah berasrama penuh atau lebih kenali dengan gelaran (SBP).
Kerana ashraf baru sahaja menerima anugerah pelajar terbaik dalam Peperiksaan
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di sebuah sekolah yang daerahnya
terpencil di negeri Kelantan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
